Wednesday, November 24, 2010

Filem Negara Malaysia

Kompleks Filem Negara Malaysia sekarang yang terletak di Jalan Utara, Petaling Jaya telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke 3, Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 24 Ogos 1965. Dalam ucapan semasa upacara perasmian kompleks baru Filem Negara Malaysia, Allahyarham Datuk Senu Bin Abdul Rahman, Menteri Penerangan dan Penyiaran telah mengumumkan bahawa Filem Negara Malaysia menjadi sebuah Jabatan di bawah Kementeriannya.

Filem Negara Malaysia cuma ada satu pejabat cawangan sahaja. Ia terletak di Lot 4024, Jalan Sultan Tengah Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak. Filem Negara Malaysia Cawangan Sarawak yang ditubuhkan pada pertengahan tahun enam puluhan pada asalnya merupakan Unit Filem Jabatan Penerangan Negeri Sarawak. Tugasnya adalah untuk menayangkan produksi terbitan Filem Negara Malaysia.




Meneraju teknologi masa kini




Jabatan Filem Negara Malaysia (FNM) bertanggungjawab membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman rakyat dalam negara serta masyarakat antarabangsa mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan menerusi filem yang diterbitkan.

FNM melaksanakan tanggungjawab dengan menerbitkan filem-filem dokumentari, treler/kapsul, liputan arkib dan animasi untuk menerangkan dasar-dasar Kerajaan.

Pada tahun 2009, FNM telah menerbitkan 49 buah filem dokumentari, 182 buah filem treler/kapsul, 403 liputan arkib dan 14 buah filem animasi. Ini digambarkan dalam Carta 1.

Carta 1 : Kategori filem yang dihasilkan dalam tahun 2009




Melalui peruntukan RMK-9, FNM memperoleh sistem suntingan video non-linear dan peralatan kamera berkualiti high definition (HD) bernilai lebih RM2 juta. Perolehan peralatan tersebut, melonjakkan daya saing FNM dalam menghasilkan penerbitan lebih berkualiti, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.





Antaranya Adalah seperti berikut:-



Sistem suntingan video non-linear (NLE AVID dan Edius)yang mampu yg mampu mengedit video yg menggunakan resolusi yg tinggi
(1920 X 1080).



Sistem Telesini (Spirit HD)
Yang mampu membuat alihan
dari Filem(35mm/16mm)ke Video Berisolusi tinggi
(Full HD1080i)



Sistem Pelarasan Warna/Video Color Grading.
(Digital Vision Nucoda)



Sistem Kinetransfer (Arrilaser HD)
Yang mampu membuat alihan Video Ke Filem 35mm

No comments:

Post a Comment

Lawatan Menteri KPKK Ke FNM

Promo Satu Malaysia

Sayang Kinabalu

The FIRST Lady Trailer March 2011

Terlibat Sebagai Videography
semasa penerbitan video ini